Ahad, 8 November 2009

Gelagat - gelagat pelajar - pelajar Madrasah Islamiah.












































Kelas Tsanawi II pula hanya ada seorang sahaja pelajar, iaitu bekas Ketua Pelajar Madrasah Islamiah, Mohd. Fikri bin Sazali, yang sekarang ini memegang jawatan Naquib Usrah Unit(Duta Usrah PERKEPIS) ke Madrasah Islamiah.

















Kelas Tsanawi III yang aman makmur dan damai sejahtera, tetapi hanya 4 orang sahaja pelajarnya...............














Kelihatan Ustazah Marina sedang khusyuk mengajar pelajar - pelajar di Kelas Tsanawi III
















Ketua Kelas Tsanawi III, Mohd. Syahrul bin Hamdan sedang khusyuk belajar...















Kelas Tsanawi I, kelas inilah yang dijadikan dewan setiap kali Madrasah Islamiah adakan Parti Hari Jadi, Ramah Tamah Aidilfitri, Perhimpunan dan sebagainya.

























































Aik, makan sorang - sorang ka..................














































Kelihatan beberapa orang pelajar sedang bermesra semasa sesi rehat dimulakan.
















Pelajar kelas Khas sentiasa khusyuk mempelajari matapelajaran yang mereka pelajari, iaitu Bahasa Melayu.











































Pelajar bermesra dengan rakan - rakan mereka.....................
































Pelajar Madrasah Islamiah kelihatan mesra walaupun mereka baru sahaja membersihkan kelas mereka.............

















Pelajar tetap bermesra walaupun mereka sedang membersihkan kawasan sekolah.



Khamis, 29 Oktober 2009

Pendidikan: Misi utama Rasulullah

ADALAH menjadi salah satu tanda keagungan Allah SWT dan kemukjizatan Rasul-Nya SAW, walaupun sudah lebih 1400 tahun Baginda SAW meninggalkan kita, tetap akan ada sejumlah individu, kumpulan dan organisasi yang berusaha untuk menyambung misi perjuangan Rasulullah SAW.

Tinggal lagi, mungkin kerana keluasan skop misi perjuangan Rasulullah SAW, kita dapati, kalaupun mereka ini sama bersemangat untuk menyambung misi perjuangan beliau, akhirnya bentuk amal Islami yang terhasil akan berbeza-beza pendekatan dan acuan penghayatannya.

Antara pendekatan-pendekatan utama yang dapat kita perhatikan ialah pendidikan, kebajikan, politik, dakwah, kerohanian, ekonomi dan termasuk juga jihad bersenjata.

Dalam kepelbagaian 'jalan' yang dipilih, perlu rasanya dibuat penegasan bahawa misi utama dan teras kepada perjuangan Rasulullah SAW adalah pendidikan. Malah tidak salah dikatakan bahawa dimensi pendidikanlah yang lazimnya menjadi penentu kualiti dan keberkesanan sudut-sudut lain perjuangan warisan Nabawi.

Keutamaan pendidikan dan pendidik sebagai misi utama Nabi SAW jelas tampak dalam sumber al-Quran dan hadis seperti dalam ayat yang bermaksud: Dia lah Yang telah mengutuskan Dalam kalangan orang-orang (Arab) Yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad SAW) dari bangsa mereka sendiri, Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad Yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad SAW) itu adalah Dalam kesesatan yang nyata. (al-Jumu'ah : 2)

Manakala satu hadis yang menarik dalam soal ini ada diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam sunannya dan al-Darimi dalam sunannya daripada Abdullah ibnu Amru ibnu al 'Aas r.a, beliau berkata: "Pada satu hari, Rasulullah SAW keluar daripada salah satu biliknya dan masuk ke masjid lalu Baginda berada antara dua kumpulan.

Salah satu daripadanya manusia yang sedang membaca al-Quran dan berdoa kepada Allah Taala. Sementara yang satu kumpulan lagi sedang belajar dan mengajar.

Lalu bersabda Rasulullah SAW berkata: "Kesemua mereka adalah baik. Adapun orang yang membaca al-Quran dan berdoa kepada Allah SWT, jikalau Allah SWT inginkan kebaikan kepada mereka, nescaya Allah SWT akan beri, jikalau Allah SWT tidak menginginkan maka Dia akan menegahnya. Adapun orang yang mengajar dan belajar, maka sesungguhnya saya diutuskan sebagai pendidik," lalu Rasulullah SAW duduk bersama kumpulan mereka." (Sunan Ibnu Majah :1:83)

Bukti kejayaan Nabi SAW sebagai pendidik terlihat pada kualiti insan sebelum Baginda dibangkitkan dan sesudahnya. Baginda telah berhasil mengubah masyarakat jahiliah yang tandus daripada nilai kemanusiaan kepada satu generasi yang paling tinggi nilai keperibadiannya.

Lahirlah di tangan Baginda SAW, tokoh-tokoh perkasa berkeperibadian luhur yang muncul memimpin manusia secara sambung-menyambung hingga buahnya dapat dinikmati hingga ke zaman ini.

Rasulullah cintai ilmu

Penekanan dan keutamaan yang diberikan oleh Rasulullah SAW terhadap pendidikan juga dapat dirasakan apabila kita meninjau beberapa sikap Rasulullah SAW dalam aspek ini.

Kitab al-Targhib wa al-Tarhib oleh al Hafiz al-Munziri dalam bab al-Tarhib fi Katmi al-'Ilm (Celaan Terhadap Menyembunyikan Ilmu) dan al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Majma' al-Zawaid ada merakamkan daripada 'Alqamah ibnu Saad ibnu Abd Rahman ibnu Abza daripada ayahandanya daripada datuknya dari Abd. Rahman ibnu Abza r.a telah berkata, Rasulullah SAW telah berkhutbah pada satu hari.

Baginda memuji Allah SWT dan berdoa serta menyebutkan tentang sekumpulan orang Islam dan mendoakan kebaikan ke atas mereka, lalu bersabda, "Alangkah malangnya kaum yang tidak memahamkan dan mengajarkan agama kepada jiran-jiran mereka serta tidak mencerdikkan mereka terhadap agama dan tidak pula menyuruh mereka membuat kebaikan dan melarang membuat keburukan."

Allamah Syeikh Mustofa al-Zarqa dalam kitabnya al-Madkhal al-Fiqhi al-'Aam telah mengulas hadis ini dengan berkata, "Ini adalah satu pernyataan yang penting dan jelas bahawa pengabaian terhadap pendidikan dan menuntut ilmu adalah merupakan jenayah kemasyarakatan yang amat besar dan sewajarnya mereka yang terlibat dalam jenayah ini dikenakan denda di dunia lagi. Jenayah kemasyarakatan ini akan mengakibatkan pengabaian pelbagai kewajipan agama."

Oleh itu, apabila seorang alim tidak melaksanakan peranannya mendidik dan seorang yang jahil tidak menunaikan tugasnya untuk menuntut ilmu pengetahuan, maka wajib kedua pihak ini mendapat hukuman denda terhadap kecuaian mereka.

Umum mengetahui bahawa Rasulullah SAW telah mewajibkan menuntut ilmu dalam sabdanya yang bermaksud: "Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas lelaki dan perempuan."

Daripada pengertian hadis ini, dapat kita faham bahawa Nabi SAW mengkaitkan kefarduan menuntut ilmu dengan sifat Islam seseorang sebagai peringatan bahawa sesiapa yang menisbahkan dirinya sebagai seorang Islam, maka telah menjadi kewajipan padanya untuk menuntut ilmu dan menjauhi kejahilan.

Rasulullah SAW juga memperingatkan umatnya supaya mempelajari ilmu yang bermanfaat serta berwaspada daripada ilmu yang tidak bermanfaat.

Mesej ini dapat difahami daripada doa Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam satu hadis daripada Zaid Ibnu Arqam r.a berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW telah berdoa: Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, daripada hati yang tidak khusyuk (lalai) , daripada nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak mustajab. (Sahih Muslim 17:41)

Nabi model pendidik

Sewajarnya bagi setiap orang yang menjadi pembimbing dan pendidik manusia mempunyai sifat-sifat yang sesuai dengan peranan yang dilakukan.

Dalam konteks ini, tidak ada di sepanjang zaman seorang manusia pun yang mempunyai atau menghampiri ciri-ciri kesempurnaan akhlak sebagaimana yang dimiliki oleh Rasulullah SAW sehingga mendapat pujian unggul daripada Allah SWT sebagaimana firmannya: Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak Yang amat mulia. (al-Qalam :4)

Kesempurnaan yang dimiliki oleh Rasulullah SAW adalah sifat-sifat yang seharusnya ada pada seorang pendidik dan boleh diperincikan kepada empat perkara iaitu kesempurnaan kejadian, kesempurnaan akhlak, kelebihan kata-kata dan kelebihan perbuatan.

Kesempurnaan zahir yang ada pada Nabi SAW yang ditonjolkan oleh kesederhanaan tubuh badannya terdiri daripada;

1. Ketenangan yang membangkitkan sifat hebat (menggerunkan) dan dipandang hebat. Sifat inilah yang telah menyebabkan utusan Raja Kisra menggeletar ketakutan apabila berhadapan dengannya. Sekalipun pandangan manusia kepadanya hebat tetapi Nabi SAW tetap bersifat tawaduk tidak mengambil kesempatan untuk menguasai seseorang.

2. Air muka yang berseri menyebabkan Baginda dicintai oleh setiap orang yang memandang wajahnya. Yang hampir berharap ingin sentiasa bersamanya, yang jauh ingin berdekatan dengannya.

3. Mendapat penerimaan yang menjadikan semua hati cenderung untuk menerima apa sahaja yang datang daripada Nabi SAW. Tidak ada yang mengingkari kecuali orang yang hasad.

4. Kecenderungan manusia untuk mentaati Rasulullah SAW sekalipun perlu kepada kesabaran dan kesusahan yang terpaksa mereka tetap berpegang teguh dan mentaati-Nya. Demikian antara kesempurnaan fizikal yang dimiliki oleh Rasulullah.

Adapun kesempurnaan akhlak Nabi SAW pula terdiri dari empat perkara iaitu:

*kebernasan fikiran, sangkaan dan firasatnya.

*Sabar di atas segala kesusahan dan rintangan.

*Zuhud terhadap dunia serta tidak berkehendak dan tidak cenderung kepadanya.

*Tawaduk kepada manusia lain sedangkan mereka semua adalah pengikutnya. Bermesra dengan sahabatnya tanpa ada jurang pemisah yang membezakan mereka.

*Berlemah lembut dengan manusia serta mudah mesra dan simpati dengan manusia lain. Sehingga setiap orang merasakan Rasulullah SAW seumpama ayah mereka.

*Memelihara janji dan tidak pernah memungkirinya.

Kelebihan Rasulullah dari sudut pengucapannya pula ialah:

1. Diberikan kepadanya kebijaksanaan dari segi menuturkan ucapan. Perkataannya dipenuhi dengan seni bahasa Arab yang terdiri daripada balaghah, ma'ani dan badi'. Walaupun begitu perkataan Rasulullah mudah difahami oleh mereka yang ingin menerimanya.

2. Menghafaz apa-apa yang dikhabarkan oleh Allah kepadanya dari kisah-kisah para nabi terdahulu dalam hafalan dadanya tanpa dicatat.

3. Perkara-perkara yang disuruhnya adalah terdiri dari perkara yang baik-baik dan adab-adab yang tinggi.

Kelebihan perbuatan Rasulullah SAW pula dapat dilihat dari berapa sudut. Antara ialah:

1. Elok perjalanan hidupnya dan tepat perancangannya.

2. Sederhana dalam melakukan perkara yang disyariatkan tanpa berlebihan atau kekurangan.

3. Tidak menjadikan sahabatnya terlalu cenderung terhadap hal keduniaan dan tidak pula menolak dunia secara keseluruhannya.

Kita tidak menafikan bahawa agenda pendidikan ada digarap dalam pelbagai pendekatan individu dan kumpulan yang beridealismekan perjuangan Rasulullah SAW di zaman kita ini.

Cuma yang harus dimuhasabah adalah setakat mana agenda ini diberi tempat yang utama dan sepatutnya dalam kerangka gerak kerja masing-masing. Juga setakat mana ciri-ciri acuan pendidikan Rasulullah SAW yang hakiki telah dihayati.

Seperti yang dihimbau di atas, sebagai pendidik ulung, acuan pendidikan Rasulullah SAW dicirikan oleh gaya penerangannya yang jelas, tuturan yang fasih, gaya bahasa yang indah, isyarat fizikal yang menawan, sinaran roh yang memancar, sifat kasih sayang yang tebal serta kebijaksanaan yang tiada tolok bandingnya. Semoga kita semua mampu menterjemahkannya dalam diri dan organisasi kita.

Isnin, 26 Oktober 2009

Usaha wujud tenaga kerja terlatih diteruskan

KERAJAAN akan terus melaksanakan program bagi mewujudkan tenaga kerja terlatih dan berdaya saing.

Untuk itu, kerajaan menyediakan sejumlah RM50 juta bagi menggalakkan rakyat Malaysia melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah lanjutan di universiti tempatan.


Sehingga pertengahan 2009, sebanyak 7,187 pelajar ijazah sarjana dan 452 pelajar kedoktoran falsafah (PhD) mendapat manfaat daripada program tersebut.

Bilangan graduan menganggur yang tinggi turut diberi perhatian dengan memperkenalkan Graduate Employability Management Scheme (GEMS) dengan usaha sama syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC).


Di bawah skim itu, graduan akan menjalani latihan kemahiran selama dua bulan setengah, diikuti latihan di tempat kerja selama enam bulan.

GEMS dijangka melatih seramai 12,000 graduan dalam tempoh dua tahun dan sehingga pertengahan September 2009, sebanyak RM48.4 juta telah dibelanjakan, yang mana seramai 3,367 graduan dilatih dan 1,119 graduan ditempatkan di 273 syarikat dan agensi.

Kerajaan juga memperkenalkan Program Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Permata) pada 2006 dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik kanak-kanak serta penglibatan ibu bapa dan masyarakat.


Program yang melaksanakan kurikulum Permata diberi peruntukan sebanyak RM150 juta bagi menaik taraf 478 pusat aktiviti meliputi 18,000 kanak-kanak dengan sokongan 1,200 guru.




















kalamullah


Adakah orang-orang kafir kamu (wahai kaum musyrik Mekah), lebih baik (kekuatan, kekayaan dan kehandalannya) daripada kaum-kaum kafir yang tersebut itu? Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti dalam Kitab-kitab Suci tentang kebebasan kamu (dari azab)?
Surah Al-Qamar ayat 43






hadis


Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mendapati pemimpinnya melakukan perkara yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bersabar sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan jemaah satu jengkal, maka matinya adalah dikira mati dalam keadaan jahiliah.

Isnin, 12 Oktober 2009

INFLUENZA A H1N1 : APA YANG KITA BOLEH BUAT?




INFLUENZA A H1N1 : APA YANG KITA BOLEH BUATAuthor: admin


Semalam, Virus H1N1 telah meragut mangsa keempat di negara ini.
Virus ni semakin mengancam manusia di seluruh dunia. Pakar Kesihatan WHO mengatakan virus ini seolah-olah tak dapat dihentikan dan cara penyebaran yang mudah menyebabkan ia pantas mengembangkan kawasan liputannya. Dan, vaksinnya pula hanya akan didapati hujung tahun ini. Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah besar wang untuk memastikan vaksin ini sampai ke negara ini bagi menyelamatkan mereka yang masih boleh diselamatkan.
Namun, kesedaran di kalangan masyarakat kita masih berada di tahap membimbangkan. Kenapa saya cakap macam ni? Sebab, di sebalik peringatan-peringatan dalam iklan-iklan di media massa, virus ini terus merebak dengan begitu pantas di kalangan masyarakat kita.
Langkah-langkah pencegahan tidak diambil, kalau diambil pun, ia tidak betul. Dan bagi yang baru sahaja pulang dari luar negara, walaupun tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti H1N1, mereka patut ambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan sendiri kuarantin di rumah. Apatah lagi kalau mereka ada selsema, walaupun tidak serius, mereka tak sepatutnya lupa untuk melakukan langkah pencegahan awal. Mereka bukan sahaja akan selamatkan diri dan keluarga mereka, bahkan juga masyarakat sekeliling.
Saya tahu, mungkin ramai yang sudah tahu langkah pencegahan ini. Tapi saya rasa bertanggungjawab juga nak beritahu anda, apa yang boleh kita buat untuk elak virus H1N1 terus merebak.


Jika anda bakal mengunjungi negara yang dilanda H1N1, seboleh-bolehnya tangguhkanlah perjalanan anda. Kalau tak boleh tangguh, sila ambil langkah berikut :


1. Ketahui kawasan yang mengalami kes H1N1 yang paling tinggi.


2. Elak melawat kawasan yang sesak.


3. Elak bersentuhan dengan pesakit H1N1. Tapi kalau perlu juga, pakailah alat pernafasan yang sesuai.


4. Jaga kebersihan diri. Basuh tangan dengan air dan sabun setiap masa terutama selepas batuk dan bersin.


5. Guna tisu atau saputangan ketika batuk atau bersin dan buang tisu terus ke dalam tong sampah.


6. Kalau ada simptom-simptom H1N1, terus dapatkan rawatan. Jangan bertangguh.


Dan, kalau anda baru sahaja pulang dari negara yang dilanda H1N1, sila :


1. Elak berdampingan dengan orang lain selama 7 hari.


2. Segera dapatkan rawatan doktor sekiranya anda demam dan mengalami salah satu gejala berikut : batuk, sesak nafas, sakit tekak, sakit kepala atau sakit badan.


3. Maklumkan juga kepada doktor yang merawat anda yang anda baru sahaja pulang dari negara yang dilanda H1N1.


Sama-samalah kita ambil langkah pencegahan awal. Jangan sudah terhantuk baru terngadah.

Jumaat, 2009 Julai 31

Golongan risiko perlu waspada

KUALA LUMPUR 30 Julai - Orang ramai khususnya golongan berisiko tinggi dijangkiti virus selesema babi atau influenza A (H1N1) digesa mematuhi setiap arahan berjaga-jaga yang dikeluarkan supaya mereka tidak menjadi mangsa wabak tersebut.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, golongan berkenaan seperti wanita hamil, mereka yang mengalami masalah obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi dan menghidap penyakit kronik termasuk paru-paru, jantung serta buah pinggang.

"Kerajaan telah melakukan apa yang patut untuk menyedarkan orang ramai tentang bahaya penularan H1N1 dalam negara termasuk menghebahkan kepada umum langkah pencegahan yang harus mereka patuhi.

"Kini, saya hendak meminta setiap rakyat supaya lebih bertanggungjawab dalam hal ini dan memandang serius wabak tersebut termasuk mematuhi setiap arahan serta langkah berjaga-jaga yang kami sarankan," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sesi soal jawab interaktif The Star Live yang berlangsung selama kira-kira sejam melalui laman web www.thestar.com.my di sini hari ini.

Tiong Lai berkata, Kementerian Kesihatan sentiasa bersikap telus dalam menangani wabak H1N1 termasuk memantau jumlah individu yang dijangkiti virus H1N1 di seluruh negara setiap hari.

"Kami faham betapa pentingnya untuk bersikap telus dalam menangani wabak ini kerana ia mampu mengancam nyawa manusia meskipun risikonya tidak setinggi wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan selesema burung.

"Bagaimanapun, kami amat memerlukan penyertaan orang ramai dalam membantu kerajaan bersama-sama mencegah penularan wabak H1N1 secara meluas," jelas beliau.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan kini dalam fasa mitigasi wabak H1N1 dengan tumpuan rawatan kepada bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital dan kejadian kluster penyakit serupa influenza (ILI) dalam masyarakat.

"Kes kematian akibat H1N1 yang berlaku di negara ini berpunca daripada kelewatan pesakit mendapatkan rawatan sehingga mengakibatkan mereka mengalami pneumonia yang serius," katanya.

Tiong Lai memberitahu, pihaknya bimbang penularan wabak H1N1 di negara ini akan berubah menjadi wabak dalam komuniti iaitu penularan jangkitan tempatan secara meluas yang menyebabkan setiap orang berisiko untuk dijangkiti.

"Justeru, tanggungjawab ahli masyarakat untuk menangani wabak H1N1 sangat penting kerana mereka boleh memainkan peranan utama menyekat penularan wabak itu," katanya.

Beliau berkata, hospital-hospital kerajaan yang diarahkan untuk memberi rawatan kepada pesakit H1N1 atau mereka yang mengalami ILI tidak boleh lari daripada tanggungjawab mereka untuk memberi perkhidmatan yang sepatutnya.

"Hospital kerajaan tidak boleh merujuk pesakit yang datang mendapat rawatan kepada pusat perubatan swasta dengan apa alasan sekalipun kerana mereka tidak mampu mengesan jangkitan tempatan H1N1 secara efektif," katanya.

500 tuntut saham Maika Holdings

KUALA LUMPUR 30 Julai - Belum pun berjaya menyelesaikan isu penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy mengetuai pula kira-kira 500 masyarakat India dalam satu perhimpunan di hadapan ibu pejabat MIC di sini, hari ini.

Perhimpunan itu dikatakan bertujuan menyerahkan memorandum berkaitan tuntutan saham terhadap anak syarikat MIC iaitu Maika Holdings Berhad (Maika Holdings).

Bersama Ramasamy di barisan hadapan perhimpunan itu ialah ahli Parlimen DAP bagi kawasan Kapar, S. Manikavasagam.

Alasan penyerahan memorandum itu adalah kerana mereka tidak berpuas hati dengan prestasi syarikat itu ketika ini.

Mereka juga menuntut supaya pelaburan pemegang saham dalam syarikat itu dikembalikan.

Bagaimanapun memorandum itu gagal diserahkan kepada Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu, sebaliknya ia diterima oleh Pengarah Urusan Maika Holdings, S. Vell Paari yang juga membawa penyokongnya kira-kira 500 orang.

Pada sidang akhbar selepas itu, Vell Paari yang juga anak kepada Samy Vellu berkata, pihaknya sedia membayar balik pelaburan pemegang saham tetapi injunksi oleh Koperasi Nesa Serbaguna Berhad (Nesa) menghalangnya untuk berbuat demikian.

Beliau berkata, Nesa yang diketuai bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam juga menghalang penjualan syarikat insurans milik Maika Holdings.

Menurut beliau, pihaknya berhasrat untuk menjual syarikat insurans milik MIC iaitu Oriental Capital Assurance Bhd. (OCAB) pada 2007 tetapi dibantah oleh Nesa yang juga pemegang saham Maika Holdings.

''Syarikat itu memberi alasan bahawa penjualannya tidak menguntungkan pemegang saham sepenuhnya,'' kata beliau.

Vell Paari berkata, jika Nesa membatalkan injunksi terhadap Maika Holdings, pihaknya boleh membayar balik saham berkenaan.

Pihaknya juga sedia menjual OCAB kepada Nesa jika Subramaniam mampu membayar pemegang saham dengan kadar yang lebih tinggi.

''Tetapi sebelum itu, Subramaniam harus mendapatkan persetujuan dari Bank Negara untuk membeli OCAB,'' katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Menurutnya, polis merampas beberapa kain rentang ketika perhimpunan itu.

Kerajaan P. Pinang perlu tanggungjawab

KUALA LUMPUR 30 Julai - Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikuasai pakatan pembangkang perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap masalah di Kampung Buah Pala.

Beliau berkata, mereka telah menabur pelbagai janji kepada penduduk kaum India di kampung itu pada pilihan raya umum tahun lalu tetapi gagal menunaikannya.

''Macam mana mereka (pakatan pembangkang) janji. Mereka kata akan membantu mendapatkan tanah itu kepada penduduk kampung tersebut jika menang dalam pilihan raya.

''Tetapi mereka telah mengabaikan penduduk kampung selepas menang dalam pilihan raya. Ini tidak wajar. Mereka harus mengambil tanggungjawab untuk selesaikan masalah penduduk di sana,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Samy Vellu berkata, jika kerajaan negeri sedia menukar tanah tersebut kepada penduduk kampung berkenaan, MIC juga bersedia mendepositkan bayaran premium RM3.2 juta seperti dijanjikan.

''Kami akan memberikan wang itu kepada peguam MIC, jika kerajaan negeri memberikan surat pemberian tanah kepada penduduk kampung,'' jelasnya.

Sementara itu, kata beliau, MIC meminta kerajaan memperuntukkan lebih banyak peluang kepada masyarakat India di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

''Bidang-bidang yang terus menjadi keutamaan masyarakat India dalam RMK-10 adalah peluang perniagaan baru, jaminan dari segi kenaikan pangkat dan peluang pekerjaan dalam sektor awam serta syarikat milik kerajaan (GLC).

''Selain itu, peluang pendidikan yang lebih dan pembinaan sekolah Tamil, penambahan latihan keusahawanan dan kemahiran turut diberi keutamaan dalam RMK-10,'' jelasnya.

Gerak serah dokumen ke SPRM

SHAH ALAM 30 Julai - Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) hari ini menyerahkan dokumen yang didakwa mengandungi maklumat penting penyalahgunaan wang peruntukan oleh seorang wakil rakyat negeri ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini.

Dokumen setebal 17 muka surat itu diserahkan oleh Pengerusinya, Mohd. Nazree Mohd. Yunos pada pukul 11.15 pagi.

Menurut Mohd. Nazree, dokumen itu ditemui diletakkan di hadapan pintu pejabat Gerak di Kelana Jaya, pada minggu pertama bulan ini.

Katanya, setelah diteliti, dokumen itu merupakan tuntutan palsu dan perbelanjaan tidak diaudit di dalam kawasan ADUN tersebut.

"Saya hendak jelaskan ADUN itu adalah anggota pakatan pembangkang di Selangor tetapi bukan ahli DAP.

"Peruntukan itu dibelanjakan oleh ADUN tersebut dengan empat rakannya," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan dokumen tersebut di sini hari ini.

Mohd. Nazree berkata, walaupun dokumen itu telah agak lama diterimanya tetapi pihaknya perlu memastikan bahawa maklumat itu tidak palsu.

Katanya, keputusan untuk menyerahkan dokumen itu kepada SPRM diambil setelah mengadakan perbincangan dengan pengamal undang-undang.

"Gerak berharap SPRM dapat melakukan siasatan berhubung kesahihan laporan-laporan dalam dokumen tersebut.

"Ini adalah tanggungjawab saya dan Gerak kerana mengikut undang-undang adalah satu kesalahan jika maklumat salah laku tidak diserahkan kepada pihak berkuasa," katanya.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada dokumen itu dapat membantu dalam siasatan kes mendiang Teoh Beng Hock.

Ditanya sama ada kehilangan komputer riba miliknya dalam kejadian pecah rumahnya minggu lalu ada kaitan dengan dokumen yang diterima Gerak itu, beliau menyerahkan siasatan kepada pihak polis.

UMNO setuju terima pelantikan YDP baru MAIPP

PULAU PINANG 30 Julai - UMNO mencapai kesepakatan dengan kerajaan negeri dan bersedia menerima pelantikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang baru.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka juga akan bekerjasama dalam pemilihan jawatankuasa qariah masjid di negeri itu.

Beliau menegaskan, kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri itu demi kepentingan ummah.

''Dalam isu MAIPP pula kita mengharapkan tiada agenda tertentu yang mahu dilaksanakan dan memihak kepada pihak tertentu kerana ia melibatkan umat Islam keseluruhannya.

''Wang zakat yang dikutip perlu diagihkan kepada yang berhak tanpa mengambil kira pegangan politik masing-masing," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di sini hari ini.

Difahamkan tempoh perkhidmatan Yang Dipertua sedia ada iaitu Shabudin Yahaya akan tamat pada 31 Disember ini dan tarikh kuat kuasa bagi Yang Dipertua baru belum diketahui.

Menurut Ahmad Zahid, beliau difahamkan kerajaan negeri telah mengemukakan cadangan berhubung perkara itu kepada Istana Negara untuk memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata, UMNO negeri akan akur dengan keputusan Tuanku Mizan kerana baginda yang menjaga hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang.

''Jadi, kerajaan negeri jangan pula kata UMNO dan Barisan Nasional (BN) di sini menentang apa jua keputusan mereka, kita tidak menentang tetapi seperti diberitahu kita sedia bekerjasama.

''Kita juga akan terus memantau segala aktiviti membabitkan perkara ini sehingga ke liang lahad," ujarnya.

Dalam pada itu, Shabudin yang ditemui pada majlis yang sama memberitahu, beliau bersedia menyerahkan pengurusan majlis itu kepada pihak yang bertanggungjawab pada bila-bila masa.

Katanya, tarikh tamat tempoh perkhidmatannya adalah pada 31 Disember ini, namun beliau juga tidak tahu menahu sekiranya ada sebarang perubahan.

''Saya sudah bersedia pada bila-bila masa," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan.

Rabu, 2009 Julai 22

PROGRAM - PROGRAM MEWAKILI PELAJAR

LAWATAN KE KONVOKENSYEN IKMAS KE - 7















Baru - baru ini, sekolah kami mengikuti ke Konvo kesyen Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak(IKMAS) di Telaga Air, Kuching. Sekolah kami telah memilih sebanyak lapan orang pelajar untuk turut serta mengikuti program itu. Kami dibawa dan menaiki bas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) cawangan Sarawak. Sekolah kami pergi ke sana dan kami dapati ramai graduan - graduan IKMAS yang berjaya ke peringkat Diploma, TAHNIAH!!!


Ucapan ini saya ungkapkan kepada semua bekas pelajar - pelajar IKMAS yang berjaya ke peringkat Diploma.


Turut hadir pada majlis itu ialah Tuan Yang Terutama Yang Di - Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin, Toh Puan Datin Patinggi Hajah Norkiah, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Mejar Jeneral(B) Datuk Jamil Khir Baharum, Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri(Bahagian Hal Ehwal Agama Islam dan Perindustrian) Datuk Haji Daud Abdul Rahman dan segala dif - dif jemputan dan dif - dif kenamaan termasuklah Mufti Negeri Sarawak, Sohibus Samahah Datu Haji Loling Othman Alwi.



PROGRAM - PROGRAM YANG ADA PADA SEBELUM INI:



1. KOLOKIUM MAHASISWA ISLAM SARAWAK







Diantara program - program yang diadakan bertujuan untuk kemajuan masa depan pendidikan pelajar - pelajar sekolah menengah dan mahasiswa - mahasiswi kolej dan universiti, Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak(BPP - MIS) telah menganjurkan sebuah program pada 18 dan 19 Haribulan Julai 2009 yang lalu iaitu Program Kolokium Mahasiswa Islam Tahunan kali yang ke - 2 di Institut Perguruan Batu Lintang(IPBL), Kuching.

Tujuan program ini diadakan ialah untuk memantapkan lagi semangat pelajar - pelajar Islam yang ada pada masa kini.


Pada 18 Julai, iaitu Hari Sabtu, turut hadir pada masa itu ialah Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak yang datang pada pukul 3 petang.

Kami sempat menanyakan beberapa soalan - soalan berhubung dengan projek pembangunan SCORE, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) dan sebagainya.








Sempat juga kami membuat program Usrah gabungan di Masjid Institut Perguruan Batu Lintang(IPBL), dan pada masa itu, Saudara Zulhilmi, Presiden Persatuan Mahasiswa - Mahasiswi Islam Universiti Tun Abdul Razak(PERMAI - UNITAR) menjadi pengerusi majlis Usrah tersebut



Di dalam Majlis Kolokium itu juga, kami menerima 9 buah kertas kerja yang diberi oleh berbeza - beza penceramah dan pembentang - pembentangnya.





2. MAJLIS ISRAK DAN MIKRAJ DI MASJID JAMEK, KUCHING





See full size image


















Di Masjid Jamek, Petra Jaya Kuching, tidak jauh dari tempat tinggal saya, telah mengadakan Isra' dan Mikraj. Penceramahnya ialah Ustaz Suharman bin Haji Edward dan majlis itu bermula diantara Magrib dan Isyak serta diakhiri dengan jamuan 'Bubur Asyura'.

Tak ramai yang hadir, tetapi menarik sangat!!!


Saya pergi bersama datuk saudara saya, Tuan Haji Khalid bin Yusuf. Memang best lah!!!, dengar saja Ustaz Suharman ceramah di hadapan, saya terus catat apa yang dia cakapkan, tapi terlalu sikit saya catatkan apa yang saya dengar daripada Ustaz Suhardi, memang best.


3. MAJLIS ULANGTAHUN PENUBUHAN JAKIM DI SARAWAK.

Minta maaf semua, sebab saya tak sempat ambil gambar apa yang telah berlaku di Hotel Riverside Majestic, Kuching. Ini kerana ada sebuah majlis di mana orang - orang yang tertentu sahaja boleh pergi. Diantaranya ialah Yang Amat Berhormat, Pehin Sri Haji Abdul Taib Bin Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Apa yang pasti, itulah sebuah majlis yang dinamakan Majlis Ulangtahun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) cawangan Sarawak di hotel yang saya katakan tadi.


Huh..............Sepanjang minggu tu, memang tidak ada cuti bagi saya, tapi tak apalah, demi mewakili sekolah dan menghilangkan rasa bosan serta menambahkan pengalaman dan ilmu, saya sanggup ikut apa sahaja program yang dijalankan pada minggu - minggu yang lepas, sekian.


HAZIQ AHMAD ZAKI
(Ketua Biro Dakwah Madrasah Islamiah)
Dicatat pada 22 Julai 2009, Hari Rabu
Pukul 4.40 petang, di Pusat Maklumat Rakyat,
Jalan Masjid, Kuching.

IMAM HASSAN AL - BANNA

100 tahun Al Imam Hasan Al Banna

Kalau dia masih hidup, maka umurnya sekarang 103 tahun. Tua sangat. Tapi dia sudah pun kembali kepada tuhannya hampir 60 tahun lepas. Jasadnya. Adapun namanya, jika dunia ini masih bertahan 1000 tahun lagi, maka ia pasti kekal 1001 tahun lagi.
Dia pencinta RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam, maka baginda pasti mencintainya juga. Justeru dia hampir memperolehi semua apa yang diperolehi baginda, kecuali nubuwwah ( kenabian ). Namanya dijulang setinggi – tingginya oleh para pencintanya di dunia. Apabila para malaikat turut mencintainya, maka sampailah namanya penuh gilang gemilang di lapis langit ke tujuh, di singgahsana pertemuan dua kekasih sebenar di malam mikraj itu.
Al Imam Hasan Al Banna meninggal dunia dalam usianya 43 tahun. Muda terlalu muda untuk meninggalkan pengikutnya yang terlalu menyayanginya. Ramai meratapi kematiannya. Di sebalik jeriji besi pemerintah kusi besi di zaman itu dan juga di luarnya. Dia ditembak mati agar dia mati selama – lamanya. Tetapi malang sekali, suaranya tak mati. Suaranya terus bergema menerawang menghantui kezaliman duniawi sambil menggamit cahaya kebenaran sehingga kini.
Beliau adalah mujaddid. beliau adalah seribu ulama. Kerana itu, beliau pergi dengan seribu ulama menggantikan tempatnya menyebarkan apa yang dikehendaki Allah untuk ugamaNya.
Tajdid adalah sunnah yang pasti untuk ugama Islam. Agama ini mesti kekal secantik dan seasli ia cantik dan asli di tangan RasuluLlah dahulu. Tiada lagi jalan, tiada lagi tali dan tiada lagi ugama selepasnya buat manusia mengenal dan menyembah tuhannya.
Sepanjang zaman, umat Muhammad sentiasa sahaja ditemani perjalanan mereka dengan para mujaddidin yang dihantar Allah untuk memperbaharui fikiran, iman dan amal mereka pada ugama mereka. Khalifah Umar bin Abdul Aziz memulakanya. Kemudian berderetanlah nama – nama ulama agung dalam sejarah umat ini.
Kita mengenali mereka pada sirah perjalanan dan pengajaran mereka. Untuk Al Imam Hasan Al Banna, kita turut mengenal wajahnya pada keasliannya. Lihatlah wajahnya, Allah melakarkan keindahan hebat yang terlukis dan terukir dalam seri wajahnya itu.
Beliau dikeluarkan untuk umat yang sedang tewas kepada kekufuran yang melanda dunia Islam secara total. Beliau menubuhkan Al Ikhwan Al Muslimin di Mesir sebaik sahaja benteng terakhir Islam, kerajaan khilafah di Turki runtuh berkecai. Saat itu, umat tersadai dalam bahtera karam dihempas gelora jahiliyah abad 20 yang mengganas seganasnya. Umat Islam sedang merentas laluan yang belum pernah dilalui sebelumnya.
Kita namakannya sebagai syumuliyyatul Islam ( Islam yang syumul ). Itulah tajdid Al Imam. Musuh menembak Islam bertalu – talu. Islam berkecai dalam kepingan – kepingan yang akhirnya hanyut dan terpisah – pisah dibedal arus ganas. Umat yang kelemasan bergayut pada kepingan mana yang mampu digapai. Sesetengahnya terus lemas ditelan badai.
Dalam tempoh yang sukar, mereka hidup di atas bahagian – bahagian yang terpisah itu. Dalam kepompong itu mereka hidup. Itulah Islam yang mereka fahami. Jika itu, tiada yang melanda kecuali perasaan putus asa, kekecewaan dan ketewasan menghadapi kehidupan.
Al Imam Hasan Al Banna datang membawa bahtera baru. Naiklah, inilah Islam yang syumul. Inilah bahtera kekuatan dan kemenangan yang dinantikan.
Dakwah dan seruannya itu cukup untuk cukup merimaskan jentera kekufuran. Kerana itu, dalam tempoh yang segera, beliau dihapuskan. Pembunuhnya bukan sembarangan. Pembunuhnya adalah pakatan kekufuran sedunia.
Biarkan pembunuh itu membunuh. Mati adalah kesudahan semua. Lunaknya, bagi pejuang Islam, kematian itulah kehidupan yang diimpikan. Al Imam telah mengecapinya. Kita sedang mengimpikannya.
Itulah catatan sekadar melepas rasa cinta. Kita para pejuang Islam hampir – hampir tidak mampu untuk melepas diri daripada legacy beliau. Kita terlalu mencintainya kerana kita tahu dia terlalu mencintai Allah dan Allah pasti mencintainya. Hasan Al Banna, dia mengajar kita mencintai Allah.
Tuhan kami, kami menagih cintaMu. Biarkan dan lepaskan kami dalam ketagihan..

Hadis Pilihan.

Bagian Pertama: Hadis tentang Keutamaan Nabi saw1. Nasab (garis keturunan) Nabi saw2. Nabi saw manusia yang terbaik dalam nasab, suku dan keturunannya3. Keharusan nubuwwah Nabi saw, Adam antara ruh dan jasadnya4. Kelahiran Nabi saw5. Sifat keterciptaan Nabi saw6. Sifat Nabi saw dalam Taurat dan Injil7. Petunjuk Nabi saw petunjuk yang terbaik8. Nama-nama Nabi saw9. Ukiran cincin Nabi saw10. Keindahan dan cahaya wajah Nabi saw11. ......Bersambung (blm diterjemahkan)





Bagian Kedua: Hadis tentang keutamaan Ahlul bait (sa)dan sebagian Keutamaan Ali bin Abi Thalib (sa)1. Hadis Tsaqalayn2. Hadis Madinah Al-ilm (Kota Ilmu)3. Ali bin Abi Thalib (sa) pewaris ilmu Nabi saw4. Hadis Safinah (Bahtera Nabi Nuh as)5. Hadis Manzilah6. Cahaya Nabi saw dan Imam Ali (sa) ada sebelum Nabi Adam (as)
7. Nabi Adam (sa) bertawasul dengan hak Rasulullah saw dan Ahlul bait (sa)8. Rasulullah saw dan Imam Ali (sa) berasal dari satu pohon9. Allah memilih Nabi saw dan Ali bin Abi Thalib (sa)10. Allah swt menguatkan Rasulullah saw dengan Ali bin Abi Thalib (sa)11. Ali bin Abi Thalib (sa) lahir di dalam Ka'bah12. Ali bin Abi Thalib (sa) orang pertama kali masuk Islam dan shalat bersama Rasulullah saw13. Ali bin Abi Thalib (sa) orang yang pertama kali beriman kepada Rasulullah saw14. Ali bin Abi Thalib (sa) shalat seperti shalat Rasulullah saw15. Orang yang boleh melintasi shirathal mustaqim16. Ali bin Abi Thalib (sa) pembagi surga dan neraka17. Ali bin Abi Thalib (sa) tokoh terbaik18. Perintah mencintai Ali bin Abi Thalib dan Ahlul bait (sa)19. Ali bin Abi Thalib (sa) yang paling dekat dengan Rasulullah saw20. Ali bin Abi Thalib (sa) masuk surga bersama Rasulullah saw21. Kedudukan Ali bin Abi Thalib (sa) di sisi Rasulullah saw22. Ahlul Bait (sa) tidak tertandingi oleh siapapun23. Ahlul Bait (sa) pengaman ummat Rasulullah saw24. Nabi saw memerangi orang yang memerangi Ahlul bait (sa)25. Sabda Nabi saw: "Ali dariku dan aku dari Ali"26. Darah-daging Ali adalah darah-daging Nabi saw27. Diri Ali (sa) adalah diri Nabi saw28. Antara cinta dan benci kepada Ali bin Abi Thalib (sa)29. Pengakuan para sahabat dan ulama tentang Ali bin Abi Thalib (sa)30. Pengakuan Umar bin Khattab tentang Ali bin Abi Thalib (sa)31. Pengakuan Umar dan Abu Bakar tentang kepemimpinan Ali bin Abi Thalib (sa)32. Ali bersama kebenaran dan kebenaran bersama Ali (sa)33. Ali bersama Al-Qur'an dan Al-Qur'an bersama Ali (sa)34. Memandang dan mengenang Ali (sa) ibadah35. Mengembalikan matahari untuk Ali dengan doa Nabi saw36. Sebagian karamah Ali bin Abi Thalib (sa)37. Allah memerintahkan Rasulullah saw menikahkan Fatimah dengan Ali (sa)38. Khutbah Nabi saw dalam pernikahan Ali dan Fatimah (sa)39. Pernyataan Nabi saw dalam perang khaibar:"Ali mencintai Allah dan Rasul-Nya, ia dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya."










Bagian Ketiga: Hadis tentang Sebagian keutamaan Fatimah Az-Zahra' (sa)1. Fatimah Az-Zahra' (sa) buah surga dan tidak pernah haid2. Fatimah Az-Zahra' berbicara saat berada dalam kandungan Ibunya3. Fatimah Az-Zahra' (sa) menyerupai Nabi saw4. Nabi saw memberikan tanah Fadak kepada Fatimah Az-Zahra' (sa)5. Fatimah Az-Zahra' (sa) penghulu semua perempuan6. Sebagian karamah Fatimah Az-Zahra' (sa)7. Mengapa Fatimah dinamai Az-Zahra'8. Marah Fatimah (sa) marah Nabi saw9. Menyakiti Fatimah (sa) menyakiti Nabi saw10. Allah marah karena marahnya Fatimah Az-Zahra' (sa)11. Allah mengharamkan keturunan Fatimah (sa) masuk neraka12. Fatimah Az-Zahra' (sa) orang yang pertama masuk ke surga









Bagian Keempat: Hadis tentang sebagian keutamaan Al-Hasan dan Al-Husein (sa)1. Nabi saw yang menamai Hasan, Husein dan Muhsin2. Nabi saw yang mengadzani Al-Hasan dan Al-Husein ketika dilahirkan oleh Fatimah Az-Zahra' (sa)3. Nabi saw yang mendoakan perlindungan kepada Al-Hasan dan Al-Husein (sa) seperti doa perlindungan yang dibacakan oleh Nabi Ibrahim (sa) kepada puteranya4. Al-Hasan dan Al-Husein bagian dari anggota badan Nabi saw5. Al-Hasan dan Al-Husein (sa) bagian dari Ahlul bait yang tidak dihalalkan makan sedekah6. Al-Hasan dan Al-Husein (sa) bergelut, Nabi saw menguatkan Al-Hasan (sa) dan Jibril (sa) menguatkan Al-Husein (sa).7. Al-Hasan dan Al-Husein (sa) Ahlul bait yang paling dicintai Nabi saw8. Mencintai Al-Hasan dan Al-Husein mencintai Nabi saw9. Al-Hasan dan Al-Husein (sa) menyerupai Nabi saw10. Al-Hasan dan Al-Husein Penghulu pemuda ahli surga11. Allah menghiasi surga dengan Al-Hasan dan Al-Husein (sa)12. Al-Hasan dan Al-Husein (sa) hiasan Arasy13. Menyakiti Al-Hasan menyakiti Nabi saw14. Al-Husein (sa) lahir seperti Isa (sa) enam bulan15. Tangisan Al-Husein menyakitkan Nabi saw16. Nabi saw menjadikan puteranya Ibrahim sebagai tebusan Al-Husein (sa)17. Nabi saw menjulurkan lidahnya pada Al-Husein (sa) dan mencium mulut dan giginya.18. Husein dariku dan aku darinya19. Sebagian karamah Al-Husein (sa)20. Jibril memberitakan kepada Nabi saw tentang terbunuhnya Al-Husein (sa) dan membawa tanah Karbala21. Perintah Nabi saw agar menolong Al-Husein (sa)22. Nabi saw melaknat orang yang menghalalkan terhadap ‘itrahnya apa yang diharamkan oleh Allah23. Mimpi Ummu Salamah tentang terbunuhnya Al-Husein (sa)24. Mimpi Ibnu Abbas tentang terbunuhnya Al-Husein (sa)25. Peristiwa-peristiwa alam saat dan sesudah Al-Husein bin Ali (sa) terbunuh26. Azab di dunia bagi yang membunuh Al-Husein (sa) dan yang membencinya27. Diharamkan masuk surga orang yang menzalimi dan membunuh Ahlul bait (sa)28. Hadis Nabi saw tentang hinaan terhadap Bani Umayah29. Penghinaan terhadap Marwan, anaknya dan ayahnya Hakam30. Penghinaan terhadap Yazid bin Muawiyah, Ibnu Ziyad dan Syimran31. Keutamaan ziarah kepada Al-Husein (sa) dan menangisi Ahlul bait (sa)32. Al-Husein (sa) dan para sahabatnya masuk surga












Bagian Kelima: Hadis tentang Kepemimpinan1. Hadis Indzar2. Hadis tentang Dua Belas Imam3. Hadis Wilayah4. Hadis Al-Ghadir5. Hadis tentang Imam Zaman
Bab Keenam: Hadis tentang Imam Mahdi (sa)1. Imam Mahdi dan Nabi Isa (sa) akan hadir2. Imam Mahdi (sa) akan menegakkan kebenaran3. Imam Mahdi (sa) adalah Ahlul bait Nabi saw, namanya sama dengan Nabi saw4. Imam Mahdi (sa) keturunan Nabi saw, wajahnya seperti bintang bercahaya5. Nabi Isa (sa) shalat di belakang Imam Mahdi (sa)6. Imam Mahdi (sa) adalah Ahlul bait Nabi saw7. Masa pemerintahan Imam Mahdi (sa)8. Para perawi dari kalangan sahabat9. Para perawi dari kalangan Ahli hadis10. Para Ulama yang secara khusus menulis tentang Imam Mahdi (sa)11. Para Ulama yang menyatakan mutawatir hadis tentang Al-Mahdi (sa)12. Ulama yang mengingkari dan meragukan hadis tentang Al-Mahdi (sa)
Hadis-hadis tersebut diterjemahkan dan disarikan dari kitab:
1. Fadhâil Al-Khamsah min Ash-Shihhah As-Sittah, Allamah Sayyid Murtadha Al-Firuz Abadi2. Al-Mujâja'ât, Allamah Sayyid Syarafuddin Al-Musawi3. Mu'jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi

Sokong kenyataan Dr. Ridhuan Tee

SAYA sangat kagum membaca kenyataan berani Dr. Ridhuan Tee dalam Mingguan Malaysia, Ahad 26 Julai 2009 mengenai kenyataan melampau pemimpin MCA, Gerakan dan pakatan pembangkang mengenai kematian Teoh Beng Hock.

Sudah ada suara sumbang daripada parti-parti Cina meminta Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia letak jawatan.

Demonstrasi haram diadakan. Ketua Wanita MCA minta Menteri Dalam Negeri memberi pengakuan untuk mengesahkan anak di luar nikah didaftarkan anak Beng Hock. Beliau tidak merasa malu benda yang salah minta disahkan dalam pendaftaran.

Kerajaan jangan terlalu lembut atas kepentingan parti politik ini. Kaum minoriti mahu menunjukkan mereka mahu mengatasi majoriti orang Melayu yang terlalu berlembut.

Lihat jumlah pecahan penduduk tahun 2008 bahawa Melayu 66 peratus, Cina 26 peratus India 7 peratus.

Ternyata kaum minoriti dakwa mereka boleh menenangi pilihan raya di kawasan yang majoriti pengundinya 55 peratus Melayu. Dakwaan mereka salah. Kalau betul parti komponen ini mewakili orang Cina, mereka hendaklah bertanding dalam kawasan majoriti Cina dan lawan dengan DAP.

Saya percaya mereka akan kalah. Kalau pun menang boleh jadi satu dua kerusi sahaja.

Kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya umum 2008: MCA – 30, Gerakan – 9 dan MIC – 8.

Nasihat saya kepada parti komponen tersebut, cermin muka kamu dahulu sebelum mendabik dada kepada UMNO.

Saya menyokong 100 peratus undang-undang ISA dikekalkan untuk keselamatan dan keamanan negara. Pihak yang menentang itu ada agendanya tersendiri.

Di Amerika Syarikat ada Patriot Act dan UK ada Terrorist Act – dua kuasa besar dunia masih memerlukan undang-undang tersebut. Apakah kita tidak boleh berfikir secara rasional?

PETIKAN HADIS - HADIS SAHIH

عن أبي سعيد الخدري t قال: سمعت رسول الله e یقول: (( من رأى منكم منكرا فليغيره
بيده، فإن لم یستطع فبلسانه، فإن لم یستطع فبقلبه. وذلك أضعف الإیمان )) رواه مسلم.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.
Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan
tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya
dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah
selemah-lemah iman.
Pengajaran hadis:
(1) Menunaikan tanggungjawab dakwah iaitu menyeru kepada perkara ma'aruf dan mencegah
kemungkaran adalah suatu kewajipan ke atas seorang mukmin yang tidak harus dipandang enteng,

kerana kecelakaan akan menimpa seluruh umat sekiranya kemungkaran dibiarkan terus merebak.


(2) Barangsiapa yang melihat suatu kemungkaran berlaku di depan matanya, dan dia berkuasa
mencegahnya sama ada dengan tangannya atau dengan lidahnya maka dia berkewajipan mencegah
kemungkaran tersebut. Dia berdosa membiarkan kemungkaran tersebut berlalu tanpa sebarang tindakan
atau percubaan mahu mencegahnya, kecuali kalau dia tidak mampu atau kerana dibimbangi akan
membawa kemudharatan kepada dirinya apabila dia mencegah mungkar itu.
(3) Mencegah mungkar hanya dengan hati, iaitu dengan membencinya dan berazam mahu
mencegahnya pada suatu masa nanti kalau dia mampu adalah tahap iman yang paling lemah.






عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسول الله e قال: (( لو یعطى الناس بدعواهم لادعى
رجال أموال قوم ودماءهم، لكن البينة على المدعي، واليمين على من أنكر )) حدیث حسن
رواه البيهقي وغيره هكذا وبعضه في الصحيحين.
Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam al-Baihaqie dan lain-lain sedemikian dan
sebahagiannya terdapat dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim.
Daripada lbnu 'Abbas r.a.( رضي الله عنهما ) bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Sekiranya manusia diberikan setiap tuntutan dan dakwaan mereka, nescaya ramai orang akan menuntut
harta dan darah kaum lain (iaitu menuntut bunuh balas), akan tetapi mestilah tuntutan itu berbukti
keterangan bagi pihak yang mendakwa dan sumpah bagi orang yang tidak mengaku.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini menerangkan sikap dan tabiat buruk kebanyakan manusia di mana mereka gemar
mendakwa sesuatu yang bukan milik mereka. Sekiranya semua dakwaan mereka dituruti, nescaya akan
kecohlah sistem kehidupan manusia. Secara tidak langsung ia membayangkan bahawa banyak
persengketaan, pergaduhan malah pembunuhan dan peperangan yang berlaku di kalangan manusia
membabitkan soal harta benda dan kekayaan.
(2) Untuk menghadapi kes tuntutan dan dakwaan seumpama ini, lslam membawa suatu kaedah
kehakiman yang bijaksana iaitu setiap orang yang mendakwa sebarang tuntutan mestilah
mengemukakan bukti keterangan menyokong dakwaannya sementara orang yang didakwa pula
mestilah bersumpah menafikan tuduhan tersebut.
(3) Agama lslam adalah agama yang adil dan menyelesaikan masalah umatnya secara adil dan
saksama.




kerana kecelakaan akan menimpa seluruh umat sekiranya kemungkaran dibiarkan terus merebak.
(2) Barangsiapa yang melihat suatu kemungkaran berlaku di depan matanya, dan dia berkuasa
mencegahnya sama ada dengan tangannya atau dengan lidahnya maka dia berkewajipan mencegah
kemungkaran tersebut. Dia berdosa membiarkan kemungkaran tersebut berlalu tanpa sebarang tindakan
atau percubaan mahu mencegahnya, kecuali kalau dia tidak mampu atau kerana dibimbangi akan
membawa kemudharatan kepada dirinya apabila dia mencegah mungkar itu.
(3) Mencegah mungkar hanya dengan hati, iaitu dengan membencinya dan berazam mahu
mencegahnya pada suatu masa nanti kalau dia mampu adalah tahap iman yang paling lemah.













عن أبي سعيد سعد بن سنان الخدري t أن رسول الله :e (( قال: (( لا ضرر ولا ضرار
حدیث حسن رواه ابن ماجه والدارقطني وغيرهما مسندا ورواه مالك في الموطأ مرسلا
عن عمرو بن یحيى عن أبيه عن النبي e . فأسقط أبا سعيد وله طرق یقوي بعضها بعضا
Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam lbnu Majah dan al-Daraqutnie dan lain-lain. la juga
diriwayatkan oleh al-lmam Malik dalam kitab Muwattha'nya.
Daripada Abu Sa'id ibn Malik ibn Sinan al-Khudrie r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Tidak ada mudharat dan tidak boleh melakukan kemudharatan.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini menjelaskan suatu prinsip utama dalam kehidupan lslam, iaitu jangan mencari mudharat
dan menyebabkan kemudharatan terhadap orang lain. la adalah suatu prinsip yang agung demi
kesejahteraan umat manusia semuanya sama ada muslim atau bukan muslim.
(2) Seseorang mukmin dilarang mencari susah atau mudharat yang boleh menimpa dirinya sendiri atau
menimpa orang lain. Agama lslam menggalakkan umatnya mencari keharmonian hidup. Sebarang
angkara yang membawa mudharat sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung, segera
atau lambat, sedikit atau banyak semuanya dilarang.
















عن أبي العباس سهل بن سعد الساعدي t قال: (( جاء رجل إلى النبي e فقال: یا رسول
الله! دلني على عمل إذا عملتع أحبني الله وأحبني الناس. فقال: ازهد في الدنيا یحبك الله،
وازهد فيما عند الناس یحبك الناس )) حدیث حسن رواه ابن ماجه وغيره بأسانيد حسنة.
Hadis riwayat lbnu Majah dan lain-lain dengan sanad-sanad yang baik ( Hadis ini adalah daripada riwayat
Khalid ibn ‘Umar dan al-Qurasyie daripada Sufian daripada al-Thauri Abu Hazim daripada Sahl. Al-Imam Ahmad berkata
berkenaan dengan Khalid : Dia adakah orang yang mungkar dalam riwayatnya, dia meriwayatkan cerita-cerita batil. Ibnu
Ma‘in pula berkata dia adalah pendusta. Saleh ibn Muhammad dan Ibnu ‘Adie menghubungkannya (Khalid) sebagai orang
yang mereka-reka hadis palsu. Lihat notakaki buku (Syarah Hadis 40 Nawawi) karangan al-Imam Ibnu Daqiq, Maktabah al-
Turath al-Islamie, Kaherah,1987 pada takhrij hadis ini).
Daripada Abu al-'Abbas Sahlu ibn Sa'ad al-Saa'idie r.a. beliau berkata:
Seorang lelaki telah datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Tunjukkan daku
suatu amalan yang apabila aku lakukannya, aku dikasihi oleh Allah dan dikasihi oleh manusia. Baginda
bersabda: Zuhudlah engkau terhadap dunia, nescaya Allah kasihkan engkau dan zuhudlah terhadap apa
yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mengasihimu.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini menerangkan suatu sifat penting yang harus ada pada diri setiap mukmin iaitu sifat zuhud.
(2) Zuhud terhadap dunia mempunyai banyak pengertian di kalangan ulama tasauf antaranya ialah
membenci, berpaling, meninggalkan dan menjauhkan diri dari kemewahan dunia serta mengosongkan
hati dari mengingati perkara dunia.
(3) Zuhud terhadap apa yang dimiliki manusia, bererti menjauhkan diri dari merasa irihati terhadap apa
yang dimiliki oleh manusia serta mengosongkan hati dari mengingati harta milik orang. lni bukan
bererti membenci sehingga suka agar kesenangan orang lain hilang kerana itu hasad dengki yang amat
dilarang.
(4) Zuhud sebenar bukan bererti meninggalkan dunia atau langsung tidak berharta. Zuhud sejati ialah
tidak menjadikan dunia dan kemewahan hidup sebagai matlamat hidup, walaupun kekayaannya
memenuhi dunia seumpama yang terjadi pada jutawan zaman Rasulullah SAW seperti Abdul Rahman
ibn 'Auf, kerana matlamat hidup seorang mukmin ialah Allah dan keredhaanNya, bukan benda-benda
selainNya.





















Islam


Islam (B. Arab: الإسلام; al-'islām ; disebut: [ɪs.ˈlaːm]) (aslama = أسلم, yuslimu = يسلم, islaman = اسلاما) merupakan agama Ibrahim yang berasal dengan pengajaran dari Nabi Islam Muhammad s.a.w., seorang tokoh politik dan keagamaan Arab abad ke-7. perkataan Islam bermaksud "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah (B. Arab الله, Allāh). Seorang penganut Islam dikenali sebagai Muslim, bermaksud "seorang yang tunduk [kepada Allah]". Terdapat antara 1.3 bilion ke 1.8 bilion Muslim, menjadikan Islam agama kedua terbesar di dunia, selepas Kristian.

Muslim percaya bahawa Allah mewahyukan Al-Qur'an kepada Nabi Muhammad s.a.w., penutup segala Nabi Allah, dan menganggap Al-Qur'an dan Sunnah (sabda dan amalan Nabi Muhammad s.a.w.) sebagai sumber utama Islam. Umat Islam tidak menganggap Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pengasas agama baru, tetapi sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., dan lain-lain nabi. Tradisi Islam menegaskan bahawa Yahudi dan Kristian memutarbalikkan wahyu yang Allah berikan kepada nabi-nabi ini dengan mengubah teks atau memperkenalkan tafsiran palsu, atau kedua-duanya.

Islam memerintahkan banyak amalan keagamaan. Penganut Islam umumnya dikehendaki memegang Rukun Islam, yang merupakan lima tanggungjawab yang menyatukan Muslim ke dalam sebuah masyarakat.

Selain itu, hukum Islam (syariah) telah membangunkan hukum yang menyentuh pada hampir semua aspek kehidupan dan kemasyarakatan. Tradisi ini meliputi segalanya dari hal praktik seperti hukum pemakanan dan perbankan kepada jihad dan zakat.

Hampir kesemua Muslim tergolong kepada salah satu dari dua mazhab terbesar, Sunah (85%) dan Syiah (15%). Perpecahan berlaku pada lewat abad ke-7 berikutan ketidaksetujuan atas kepimpinan politik dan keagamaan masyarakat Islam. Islam adalah agama paling berpengaruh di Afrika dan Timur Tengah, serta di sebahagian besar Asia. Komuniti besar juga ditemui di China, Semenanjung Balkan di Eropah Timur dan Rusia. Terdapat juga sebahagian besar komuniti pendatang Muslim di bahagian lain dunia, seperti Eropah Barat. Sekitar 20% Muslim tinggal di negara-negara Arab, 30% di subbenua India dan 15.6% di Indonesia, negara Muslim terbesar mengikut populasi.





Etimologi dan maksud

Rencana utama: S-L-M

Perkataan Islam merupakan penyataan kata nama berasal dari kata akar tiga konsonan s-l-m, dan diterbitkan dari Kata kerja bahasa Arab Aslama, iaitu bermaksud "untuk menerima, menyerah atau tunduk." Demikian, Islam bermaksud penerimaan dari dan penundukan kepada kepada Allah, dan penganut harus menunjukkan ini dengan menyembah-Nya, menurut perintah-Nya, dan mengelakkan politheisme. Perkataan ini memberikan sebilangan maksud dari Al-Qur'an. Dalam sesetengah (ayat), kualiti Islam sebagai kepercayaan dalaman ditegaskan: "Barangsiapa Allah inginkan untuk beri panduan, Dia mengembangkan dadanya kepada Islam."


Ayat lain menghubung islām dan dīn (lazimnya diterjemahkan sebagai "agama"): "Kini, saya telah menyempurnakan agamamu (dīn) untuk kamu; Saya telah melengkapkan Berkat Ku kepada kamu; Saya telah mengesahkan Islam untuk agama kamu.





Namun masih ada yang lain menggambarkan Islam sebagai perbuatan kembali kepada Allah-lebih dari hanya penyataan pengesahan keimanan.








Rencana keimanan

Rencana utama: Aqidah dan Iman

Al-Qur'an menyatakan bahawa semua Muslim harus percaya pada Allah, wahyu-Nya, malaikat-Nya, pesuruh-Nya, dan pada "Hari Pengadilan"


Juga, terdapat kepercayaan lain yang berbeza antara mazhab khusus. Konsep Sunah dari takdir dipanggil takdir ketuhanan,



Manakala versi Syi'ah pula dipanggil keadilan ketuhanan. Unik kepada Syi'ah ialah doktrin Imamah, atau kepimpinan politikal dan spiritual dari Imam.